IKRAR PUTERI

VISI

MANIFESTO

Kami Puteri UMNO berikrar : 

Kamilah Puteri Pejuang

Bersatu berpadu menempuh halangan 

Puteri prihatin harapan bangsa

Berjuang mempertahan pertiwi merdeka 

Kamilah Puteri Tiang Negara

Pemangkin aspirasi wanita muda

Tanpa diskriminasi antara kita

Niat kian ikhlas pengukuh jiwa

Kamilah Puteri Pewaris Bangsa

Pemelihara agama juga budaya

Berilmu, beramanah, telus dan setia

Bertanggungjawab berhati mulia

Kami memohon pada Yang Satu

Agar perjuangan mendapat restu

Ayuhlah mara Puteri UMNO ku  

Ke mercu kecemerlangan yang kita tuju

 

 

  • Puteri UMNO sebagai landasan untuk wanita Melayu muda melibatkan diri secara aktif di dalam politik.

  • Puteri UMNO bertindak untuk mencungkil, memupuk dan menyerlahkan identiti wanita Melayu muda tanpa diskriminasi.

  • Puteri UMNO sebagai identiti generasi wanita Melayu muda yang cemerlang.

  • Puteri UMNO sebagai gelanggang untuk mencungkil dan menggilap potensi kepimpinan Melayu muda.

  • Untuk menerapkan nilai-nilai positif sejagat dan meningkatkan kebolehan, keyakinan dan jati diri seseorang wanita.

  • Bertindak sebagai 'check and balance'/ pemantau didalam UMNO dan masyarakat.

  • Berperanan untuk membantu UMNO didalam semua pilihan raya dan meneruskan ketuanan Melayu di Malaysia.

 

 

Memastikan setiap wanita Melayu muda berumur 18 hingga 35 tahun menyertai Puteri UMNO dan mempertimbangkan jati diri mereka demi kepentingan agama, bangsa dan negara

LAGU PUTERI UMNO

Dengan berkat doa,

hasrat ikhlas dijiwa

Kami berusaha dengan setia

Berikrar berjanji,

Bersatu, teguh hati

Pertahan kedaulatan bangsa merdeka

Kamilah PUTERI pewaris bangsa dan negara

Rela untuk berkorban harta dan nyawa

Demi agama, bangsa dan negara

PUTERI UMNO terus mara

Dengan bersemangat tabur bakti dan khidmat

Untuk rakyat di kota dan di desa

Hingga ke titisan darah yang terakhir

Rela berjuang demi maruah bangsa

 

PUTERI UMNO akan tetap setia

 PUTERI UMNO akan terus mara

UMNO 

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Bersatu Kita Bersatu

Dengan Setia Berganding Bahu

Jiwa Teguh Berpadu

Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama

Mendukung Hasrat Semua

Berjasa Pada Bangsa

Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah

Dipandang Mulia Dan Indah

"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"

Cogan Katanya

UMNO Terus Mara

Untuk Rakyat Malaysia

Suite 2, Aras 5, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur

Tel : 03-4041 3900   Fax : 03-40413779

email : admin@puterimalaysia.com

IKUTI KAMI :

  • Facebook Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
  • Instagram Long Shadow
  • YouTube Long Shadow
  • Google+ Reflection

PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA • 2019 |  

PuteriUMNO #PuteriBangkit  #UMNOsebuahPerjuangan#