top of page

KEMPEN DAFTAR KEAHLIAN

9.jpg

KUALA LUMPUR 11 MEI — Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hj Hasan, Naib Presiden UMNO Datuk Sri Mahdzir Khalid dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan di dalam Pelancaran Kempen Keahlian Pemuda Dan Puteri UMNO Malaysia pada Majlis Sambutan Ulangtahun UMNO ke-73 di PWTC sebentar tadi. Turut kelihatan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR 

ahlian3-1-300x72.jpg

Panduan Borang Permohonan Pertukaran Cawangan / Bahagian

​

1. Pemohon hendaklah mengisi Borang dengan lengkap butir – butir yang diperlukan termasuk di perenggan A dan B.

2. Setiap permohonan mesti disertakan dengan salinan kad pengenalan.

3. Permohonan ini hendaklah melalui cawangan sekarang (lama) dan cawangan yang ingin dimasuki.

4. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Ketua Cawangan atau Ketua Wanita Cawangan atau Ketua Pemuda Cawangan atau Ketua Puteri Cawangan.

5. Bagi Pertukaran Cawangan dalam Bahagian yang sama, borang mesti sampai ke PEJABAT UMNO BAHAGIAN pada atau sebelum 31 Disember tahun berkenaan.

6. Bagi Pertukaran Cawangan ke Bahagian UMNO lain, borang mesti sampai ke IBU PEJABAT UMNO MALAYSIA pada atau sebelum 31 Disember tahun berkenaan.

7. Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Pejabat UMNO Bahagian akan memaklumkan status permohonan kepada Cawangan atau pemohon.

* (Untuk Mendaftar Ahli Baru) Sila Hubungi Cawangan, Bahagian, Perhubungan Negeri Terdekat Atau Datang Terus Ke Kaunter Mesra Rakyat Ibu Pejabat UMNO Malaysia di Menara Dato’ Onn, PWTC, Kuala Lumpur.

bottom of page