top of page

KENYATAAN MEDIA

bubar.jpg

SHAH ALAM - Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan menyifatkan dakwaan 40 lagi

Ahli Parlimen Umno akan keluar parti dan kemudiannya menyertai Bersatu hanyalah sekadar provokasi

pihak tertentu.

Zahida berkata, dakwaan berkenaan bukan untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan orang

Umno sendiri, tetapi lebih kepada perang saraf politik dalaman dalam kalangan parti komponen PH.

Menurutnya, Bersatu kini berada di tahap yang tidak menentu kerana bilangan kerusi yang kecil dan

parti berkenaan kini merasa amat terancam oleh kemungkinan mereka akan digulingkan dalam masa

terdekat.

“Lebih-lebih lagi mereka (Bersatu) ketandusan pemimpin yangg berwibawa dan menteri-menteri

mereka dilihat gagal… sebab itu mereka memerlukan ahli-ahli parlimen Umno untuk

menyertainya (Besatu).

“Dakwaan ini tak benar tapi dakwaan ini menyebabkan saya rasa bangga. Pemimpin Umno yang

dulunya dituduh korup, sekarang sangat diperlukan oleh Bersatu,” katanya kepada Sinar Harian,

hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 40 ahli Parlimen Umno berkemungkinan keluar parti]

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mendedahkan terdapat kemungkinan

40 lagi Ahli Parlimen Umno akan keluar parti kerana menyatakan hasrat untuk menyerta

Bersatu selepas ini.

Menurutnya, kesemua mereka itu juga telah beberapa kali bertemu Pengerusi Bersatu

,Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk

membincangkan perkara itu.

- SINAR HARIAN -  

zahid.jpg

BANGKITLAH PUTERI! BANGKITLAH PEJUANG UMNO SEJATI!

BERSAMA-SAMA KITA BERSOLIDARITI!

​

 Presiden UMNO Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil lagi ke SPRM buat kali ke 6 hari ini

(Khamis) dan kemungkinan besar akan didakwa di Mahkamah pada Jumaat. 

​

 Ini adalah tindakan terdesak kerajaan Pakatan Harapan untuk mengalih pandangan dan kemarahan rakyat

terhadap siri penipuan janji-janji manifesto yang GAGAL ditunaikan.

​

 Tidak cukup dengan menzalimi rakyat, kerajaan hari ini menyalahgunakan AMLA untuk beri tekanan kepada

seorang demi seorang musuh politik mereka termasuk Presiden UMNO yang juga ketua pembangkang di

dewan rakyat.

​

 Adakah prinsip 'Rule of Law' yang dilaung benar benar diamalkan untuk memberi keadilan kepada seluruh

rakyat Malaysia? Atau akan berterusan dengan pendakwaan terpilih dan politik dendam?

​

Kami Pergerakan Puteri UMNO terus berdiri teguh dibelakang Presiden dan akan tetap bersama beliau walau

berhadapan situasi sukar ditekan sang pemerintah zalim.

​

 Justeru itu, saya menyeru kepada semua ahli Pergerakan Puteri UMNO untuk turun beramai-ramai bersama

saya ke Mahkamah Jln Duta,KL  pada 19 Okt 2018 (Jumaat) jam 7.30 pagi,  

dengan (BERPAKAIAN WARNA MERAH!).

​

 BANGKIT Puteri! BANGKIT Para pejuang UMNO! Kita berSOLIDARITI, tunjukkan sokongan yang padu

kepada Presiden Parti.

​

 Kami mendoakan agar Dato' Seri Presiden terus tabah hadapi dugaan serta cabaran dalam memperjuangkan Agama Bangsa dan Tanah Air.

​

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

111.PNG

KENAPA YB YANG PANAS!!

​

 Saya tersenyum bila membaca laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin yang menyerang saya dan menyifatkan hujah saya dalam isu pemandu teksi adalah "sampah".

  Dalam ramai-ramai pemimpin dalam PH, saya hairan kenapa Hanipa Maidin pula yang tidak senang duduk dengan respon yang saya berikan terhadap kenyataan Tan Sri Zainudin Maidin seperti dipetik Sinar Harian semalam.

  Saya mengharapkan satu jawapan daripada Menteri Pengangkutan, ironinya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam portfolio undang-undang yang menjawab.

​

 Bukan sahaja teksi di luar bidang kementeriannya malah ia langsung tiada kaitan. Saya tertanya-tanya kenapa Hanipa Maidin pula yang tidak senang duduk seolah-olah ingin melepaskan kemarahan kepada saya di laman Facebook miliknya.

 Sebagai Ketua Puteri UMNO dan seorang wanita muda yang prihatin, saya ingin nasihatkan YB Hanipa Maidin supaya belajar kawal kemarahan agar ia tidak memberi kesan kepada kesihatan.

Fokuslah kepada tugas dan portfolio yang dipegang di Jabatan Perdana Menteri. Jangan tunjuk diri sendiri seolah-olah tidak memahami bidang tugas dan portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada anda.

Sekali sekala jenguklah rakyat Sepang kerana ramai di sana sedang mencari di mana wakil rakyat mereka, mohon balik kawasan dan jangan lari.

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
(23 Okt 2018)

bottom of page