DATO' ZAHIDA ZARIK KHAN

BIODATA

 

Nama : Zahida Zarik Khan

Tarikh lahir : 14 Mei 1979

Status : Berkahwin dan Seorang Anak Lelaki

Kelulusan : Diploma Pengurusan Perniagaan

 

Pengalaman dalam Bidang Perniagaan :

Sebagai Pengarah didalam Malaysian Coal & Minerals Corporation Sdn.Bhd (MCMC) sejak 2005. MCMC adalah Syarikat Terulung Bumiputera didalam bidang pembekalan bahan (minerals) di dalam pembuatan besi di Malaysia.

 

Jawatan dalam Bidang Politik / Sosial

 

1. EXCO Puteri UMNO Malaysia-(2008 - 2013)

Pada tahun 2008 telah bertanding untuk jawatan ini di peringkat Malaysia dan telah memenangi tempat ke 4 dari seramai 60 orang yang bertanding,telah mengadakan pelbagai aktiviti turun padang ke Negeri-Negeri berjumpa wanita muda.

 

2. Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Selangor ( daripada 2003 hingga kini)

Telah menang tanpa bertanding untuk jawatan ini dari 2003 hingga sekarang dan telah mengadakan berbagai program kebajikan/sukarelawan/sukan/pendidikan/sosial dan agama untuk wanita muda di Parlimen Pandan.

 

3. Bendahari Puteri UMNO Negeri Selangor

Telah dilantik oleh Perhubungan Puteri UMNO Negeri Selangor sebagai bendahari bermula dari 2009 hingga sekarang

 

4. Exco Majlis Belia Negeri Selangor MBS

Telah dilantik sebagai Exco Majlis Belia Selangor bermula dari tahun 2012 hingga sekarang

 

5. Exco Majlis Belia Daerah Hulu Langat MBDHL

Dilantik sebagai Exco Majis Belia Daerah Hulu Langat bermula dari 2012 hingga sekarang

 

6. Presiden Persatuan Belia dan Beliawanis Pandan

Telah dipilih sebagai Presiden Persatuan ini bermula dari 2012 hingga sekarang,telah menganjurkan berbagai bagai Program khususnya untuk Belia dan Beliawanis Pandan

 

7. NGO GABUKAS

Dipilih sebagai Naib Presiden bermula dari 2010 hingga sekarang dan telah menganjurkan aktiviti untuk NGO-NGO di dalam Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

 

8. Youth Leader for International Conference Asian Political Party (ICAPP)

Telah terlibat dengan ICAAP semenjak 2009 dan telah menghadiri semua Mesyuarat ICAPP di Indonesia, Nepal, Azerbaijan, Thailand, Myanmar, Cambodia, China, Timur Leste, Singapura dan telah dipilih mewakili Malaysia untuk Youth Leader for ICAPP from Malaysia dari 2011 hingga sekarang

 

9. Bendahari International Emergency Medical Forum (IMEF)

Dipilih sebagai Bendahari IMEF bermula dari 2009 hingga sekarang dan telah pergi ke tempat bencana alam seperti di Christchurch New Zealand sewaktu gempa bumi, menghantar bentuan kepada pelajar-pelajar Malaysia, melawat dan menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Brisbane Australia dan melawat dan menghantar bantuan kepada mangsa tsunami di Acheh Indonesia.juga telah melawat dan menghantar bantuan kepada orang-orang miskin di Cambodia sempena Hari Raya Aidiladha

 

10. Ahli Lembaga Pelawat Hospital Ampang

Berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Hospital Ampang bermula dari 2011 hingga sekarang.

 

11. Ahli Jawatan Kuasa Kelab UMNO Luar Negara

Dipilih sebagai Ahli Jawatan Kuasa Kelab UMNO Luar Negara bermula dari 2011 hingga sekarang dan telah turun berjumpa pelajar pelajar Malaysia di luar Negara seperti mengunjungi Universiti dan mengadakan program gotong royong dan kebajikan dengan Pelajar Pelajar di Scotland, Sydney, London, Indonesia, Bali, Jakarta, Perth dan Mesir.

 

12. Pengerusi Biro Kesihatan Puteri UMNO Malaysia

Dilantik bermula dari 2008 hingga sekarang dan telah menganjurkan pelbagai program kesihatan di peringkat Malaysia seperti kempen derma darah,kempen derma organ dan pelbagai kempen kesihatan untuk orang-orang muda

Suite 2, Aras 5, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur

Tel : 03-4041 3900   Fax : 03-40413779

email : admin@puterimalaysia.com

IKUTI KAMI :

  • Facebook Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
  • Instagram Long Shadow
  • YouTube Long Shadow
  • Google+ Reflection

PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA • 2020 |  

PuteriUMNO #PuteriBangkit  #UMNOsebuahPerjuangan#